Sunday, October 27, 2013

Saturday, January 22, 2011

Mesyuarat Agung 2011 & Konvensyen Tahfiz Selangor

Mesyuarat Agung (MA) PITAS 2011 dijadualkan berlangsung pada 27hb Febuari, 2011. Tahun ini juga merupakan tahun pemilihan barisan Exco/AMM untuk tempoh berkhidmat yang baru 2011-2013.

Pada kali ini,kaedah pemilihan adalah agak berlainan sedikit dari yang sebelum kerana setiap daerah adalah diminta untuk membuat pemilihan exco daerah masing-masing di peringkat daerah dengan mengemukakan nama 2 calun. Penama kedua diperlukan sebagai simpanan jika terdapat keperluan untuk penggantian di dalam tempoh berkhidmat.
Pada hari MA, pengundian hanya akan diadakan bagi jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang mana calun-calunnya juga di kemukakan dari peringkat daerah. Setiap daerah hanya dibenarkan menamakan satu calun bagi setiap jawatan.

Selain dari mesyuarat agung, Konvensyen Tahfiz Negeri Selangor juga akan di adakan pada tarikh yang sama pada sebelah paginya. Setiap maahad tahfiz diminta menyediakan 5 peserta i.e 3 guru dan 2 pelajar untuk menghadiri konvensyen dan mesyuarat agung pada tahun ini.

Monday, August 23, 2010

SAMBUTAN HARI HUFFAZ KALI KE-4

SAMBUTAN HARI HUFFAZ NEGERI SELANGOR KALI KE-4

TARIKH: 17-19HB RAMADHAN / 27-29HB OGOS

TEMPAT: MASJID SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (MASJID NEGERI), SHAH ALAM

PENGANJUR: JAWATANKUASA TAHFIZ AL-QURAN DAN PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SELANGOR (PITAS)


MATLAMAT PROGRAM:

UNTUK MENGIKTIRAF DAN MEMARTABATKAN GOLONGAN HUFFAZ DAN HAMALATUL AL-QURAN DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN.


PENGISIAN PROGRAM:

1. HALAQOH HAFAZAN 30 JUZUK SEPANJANG 3 HARI

PADA 19 RAMADHAN / 29 OGOS :-

2. MAJLIS PELANCARAN PORTAL SISTEM PENGURUSAN TAHFIZ (SPT) PADA JAM 2:3O PM DI BILIK SEMINAR MASJID NEGERI OLEH YAB DATO’ SERI NAJIB B. TUN RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA.

3. MAJLIS PELANCARAN KELAB REMAJA HUFFAZ, PENGANUGERAHAN TOKOH HUFFAZ NEGERI SELANGOR & TOKOH PENDOKONG MAAHAD TAHFIZ NEGERI SELANGOR OLEH YAB TAN SRI KHALID BIN IBRAHIM, MENTERI BESAR SELANGOR

LAIN-LAIN:

MAJLIS INI AKAN DISERTAI OLEH 1,200 PELAJAR, GURU DAN PARA PENDOKONG MAAHAD TAHFIZ DARI SELURUH NEGERI SELANGOR. ORANG RAMAI DIJEMPUT UNTUK MENYERTAI KESEMUA PROGRAM-PROGRAM YANG AKAN DIADAKAN SERTA MENYUMBANG KE DALAM TABUNG PEMBANGUNAN PARA HUFFAZ.

Wednesday, August 4, 2010

Hi-Tea Darul Quran al-Wildan, Gombak

asSalamua'alaykum warahmatullah...
berikut sedikit maklumat mengenai majlis hi-tea Darul Quran al-Wildan :

bismillah...

Alhamdulillah, atas nikmat Allah Taala yang tidak pernah putus, insya Allah Darul Quran AlWildan dengan kerjasama jemaah TASNEEM, jemaah ANA EDAR dan jemaah AZIZIYYAH (ketiga-tiga jemaah ini terdiri daripada golongan ibu-ibu, dan surirumah yang bertungkus lumus menjayakan usaha murni ini) sebuah majlis Hi-Tea akan dibuat bagi mengumpul dana untuk pembangunan pusat tahfiz al-wildan di tapak baru. Pusat Tahfiz ini akan dibangunkan di tapak baru di Lot 239, Mukim Batang Kali, Daerah Ulu Selangor.

Objektif:
1. Mengumpul dana untuk membina komplek Darul Quran Al-Wildan di Tanah Lot.no 2359, Kg.Batu Punggul, Mukim Batang Kali, Ulu Selangor.
2. Mengumpul dana operasi yang diperlukan oleh Darul Quran Al-Wildan.
3. Memberi peluang kepada masyarakat untuk menyumbang kepada usaha murni ini yang akan mendapat ganjaran yang sangat besar di dunia dan di akhirat.
4. Membina hubungan dan merealisasikan hasrat pimpinan untuk memperkukuh dan memperkasakan institusi pendidikan khususnya institusi tahfiz di dalam Negeri Selangor berdaya saing dengan dunia kini.
5. Melahirkan sifat musyarakah dan muafakat yang lebih mantap dan merealisasikan ukhwah serta mahabbah dalam majlis ini.
6. Memberi maklumat kepada masyarakat umum berkenaan fungsi dan kewujudan Institusi Tahfiz al-Quran dan peranannya dalam membina jalinan hubungan serta menyebarkan maklumat bagi menarik perhatian masyrakat untuk membantu Institusi al-Quran.

Butir lanjut majlis ini adalah seperti berikut:

Tempat : Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC)
Tarikh : 8 Ogos 2010
Hari : Ahad bersamaan 27 Syaaban 1431 H
Jam : 2 - 6 petang

Jualan 1 meja RM1000 (1 kerusi RM100)

no.untuk dihubungi :
Puan Kuntik Asmah Abdullah - 019 320 3643
Puan Suzeini Mohammed - 017 3640095
Puan Sabanoon Mohamed - 019 3076364

Sebarang bentuk sumbangan untuk menjana pembiayaan pembinaan Al-Wildan boleh disalurkan melalui:
a/c Maybank Darul Quran Al Wildan
564 221 621 546

a/c cimb AL'TASNEEM SERVICES
141 20005730058

sebarang bentuk sumbang dan pertanyaan lanjut sila maklumkan kepada no.telefon di atas atau emailkan kepada alwildan05@yahoo.com / dqwildan@yahoo.com

Monday, July 5, 2010

KARNIVAL TAHFIZ DAERAH GOMBAK

PITAS daerah Gombak akan mengadakan karnival pada 10hb. Julai bersempena dengan hari Isra' dan mi'raj. Terperinciannya adalah seperti berikut:

Tarikh: 10 Julai, 2010

Masa: 8pagi - 11 malam

Tempat: Masjid al-Ridhwan, Hulu Kelang

Tema: Tahfiz & Masyarakat

Pengisian:
1. Shahadah hafazan 5 juzuk; penyertaan 30 pelajar dari 8 buah maahad tahfiz daerah Gombak;
2. Pertandingan Amal Islami;
3. Pameran dan Jualan;
4. Ceramah Motivasi (9 pagi) bertajuk: Peranan Keluarga kearah mencapai matlamat 1 Keluarga-1Ulama';
5. Persembahan Nasyid oleh kumpulan Zaidan;
6. Forum: Peranan Masyarakat di Dalam Merealisasikan Generasi Rabbaniy. Ahli Forum-i. Ustaz Khazim Elyas al-hafiz, ii. Ustaz Ahmad Jim al-hafiz, al-Mali, iii. Ustaz Ashri Lateh al-muqri
(malam)

Maklumat tambahan sila talipon Ustaz Bisri Ibrahim : 012-6777774 atau Ustazah Ummu Aishah 017-3640095.

Tuesday, May 11, 2010

Ahli PITAS- Akademi Darul-Huffaz (ADH), akan menganjurkan Bengkel Tarannum siri ketiga (sambungan dari sesi pertama dan kedua yang telah dijalankan pada Mac lalu). Program tersebut akan diadakan seperti di bawah:

Tarikh : 26 Jun 2010
Masa : 2.00 petang hingga 10.30 malam
Tempat : Dewan Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya
Pembimbing : Tuan Hj Mohd Radzi Bin Kamarul Hailan AMP PPT
Johan Tilawah Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa 2000/2004,
Juri Akademi Quran TV9

Ahli-ahli PITAS dan orang ramai yang berminat untuk menyertai bengkel ini boleh menghubungi Ustaz Lokman Shazly di nombor talipon 019-3119991

Thursday, April 8, 2010

Assalamu'alaikum wa rahmatulLLAHi wa barakatuh,

Surat jemputan untuk mesyuarat agung PITAS yang ke-6 sepatutnya telah sampai kepada setiap ahli. Bagi yang tidak menerimanya di minta menghubungi Ustaz Tonnan 013-3321592 atau Ustaz Shaharudin 012-2625413 dan daftarkan nama 3 (TIGA) wakil untuk menghadiri mesyuarat agung tahun ini. Terperincian:

Tarikh: AHAD, 11 April 2010

Masa: 8 pagi - 1 petang

Tempat: Dewan Seminar, Masjid Negeri SHAH ALAM

VIP: Dato' Seri Mejar (B) Haji Jamil Khir bin Hj. Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (atau wakilnya Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Malaysia JAKIM)

2 proposal akan di serahkan kepada kerajaan pusat yakni:

1. Bantuan Per-Kapita Maahad Tahfiz Persendirian, Negeri Selangor
2. Bantuan NGO ISLAM

Kehadiran ahli-ahli PITAS secara beramai-ramai akan mencerminkan keutuhan Persatuan kita dan justifikasi mengapa suara maahad tahfiz persendirian tidak boleh diketepikan. Adalah penting untuk setiap ahli PITAS mengetahui segala perkembangan yang berlaku terutamanya yang memberi impak kepada operasi setiap maahad tahfiz persendirian. Tertubuhnya Jawatankuasa Tahfiz Negeri Selangor (JTS) di atas inisiatif dan usaha melobi PITAS harus di sokong dan di fahami modus operandinya oleh setiap ahli- agar ianya bergerak sehaluan dengan matlamat kita semua untuk membina Jiil Rabbani dan Jiil al-Quran. Pada hari ini, dasar-dasar tahfiz telah pun di gubal oleh JTS dan insyaALLAH ianya akan menjadi enakmen di Negeri Selangor dalam masa terdekat. Pembentukan JTS, penggubalan dasar dan enakmen yang khusus berkenaan maahad dan pendidikan tahfiz di Selangor adalah satu usaha pelopor; yakni yang pertama seumpamanya, bukan sahaja di Malaysia malahan di dalam dunia.

Wednesday, January 20, 2010

KURSUS-KURSUS JAIS FEB-MAC 2010

Warga PITAS adalah dipelawa untuk mendaftarkan diri bagi menyertai kursus-kursus anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang berikut:

FEBUARI 2010:

1. KURSUS PENGURUSAN & KEPIMPINAN SEKOLAH SIRI 1/2010; 3hb-4hb
2. KURSUS PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERKESAN SIRI 1/2010; 9hb-11hb
3. KURSUS PEMBANGUNAN NUQABA' SIRI 1/2010; 17hb-18hb
4. KURSUS PENGURUSAN BIMBINGAN & KAUNSELING SIRI 1/2010; 22hb-23hb

MAC 2010:

1. KURSUS PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MATAPELAJARAN B.ARAB; 1hb-2hb
2. KURSUS PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM); 1hb-2hb
3. KURSUS ASAS PENDIDIKAN BESTARI SIRI 1/2010; 10hb-11hb
4. KURSUS ASAS TARANUM AL-QURAN; 23hb-25hb
5. KURSUS PENGURUSAN & KEPIMPINAN SEKOLAH INSTRUKTIONAL
(LANJUTAN); 29hb-30hb
6. KURSUS ASAS PENDIDIKAN BESTARI SIRI 2/2010; 29hb-30hb


Semua kursus akan di adakan di Institut Latihan Dakwah Negeri Selangor (ILDAS) di Sabak Bernam. Pendaftaran bagi kursus-kursus di atas hendaklah dibuat 1 bulan sebelum tarikh kursus. Pembatalan nama hendaklah dibuat 2 minggu sebelum. Hubungi Ustaz Alauddin di 017-200 5453 untuk pendaftaran.

Friday, October 30, 2009

IKLAN AKTIVITI-AKTIVITI AHLI-AHLI PITAS DALAM SEKITAR NOV-DIS 2009

DAERAH GOMBAK: MALAM AMAL YAYASAN PENDIDIKAN QASIMUL ULUM
20 November, 2009
Flyers Malam Amal YPQU



DAERAH KUALA LANGAT: KEM TAHFIZ CUTI SEKOLAH MAAHAD IHYA AL-AHMADI
4-13 Disember, 2009
kem tahfiz-pdf

Sunday, August 30, 2009

SAMBUTAN HARI HUFFAZ KE-3 1430 H /2009 M

Persatuan Institusi Tahfiz Al-Qur'an Negeri Selangor menjemput semua umat Islam untuk hadir pada:

Tarikh: 21-23hb Ramadhan bersamaan 11-13hb September 2009M (Jumaat-Ahad);

Tempat: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor D.E.

Aturcara:

JUMAAT :
4:00PM Pendaftaran, Penempatan & Taklimat (untuk ma'had tahfiz); solat asar

5:30 Bicara Ramadhan 'Generasi Al-Qur'an Rabbani'
6:45 Persediaan Futhur, Solat Maghrib, Isyak & Tarawih
10:00 Halaqah Tadarus Hafazan al-Qur'an
12:00AM Rehat


SABTU :
5:00 AM Qiamullail / Sahur, Solat Subuh / Tazkirah

6:30 Halaqah Tadarus Hafazan Al-Qur'an
12:30PM Rehat & Solat Zuhur
2:30 Halaqah Tadarus Hafazan Al-Qur'an
4:30 Rehat & Solat Asar
5:30 Halaqah Tadarus Hafazan Al-Qur'an
7:00 Persediaan Berbuka Puasa /Solat Maghrib / Isyak / Tarawih
10:30 Halaqah Tadarus Hafazan Al-Qur'an


AHAD :
5:00 AM Qiamullaahur, Solat Subuh / Tazkirah

6:30 Halaqah Tadarus Hafazan Al-Qur'an
12:30PM Rehat & Solat Zuhur /Khatam & Doa Tadarus Hafazan Al-Qur'an
4:15 Solat Asar & Persediaan Majlis Huffaz
5:00 Ucapan Aluan / Bacaan Hafazan Al-Qur'an
- Ucapan Pengerusi PITAS
- Ucapan & Peresmian YAB Dato' Setia Hj. Mohd. Adzib (Pengerusi MAIS)
- Pelancaran Kad Professional Huffaz
- Penyampaian Anugerah Tokoh & Cenderahati
- Berbuka Puasa


SEMINAR KHAS UNTUK AHLI-AHLI LEMBAGA PENTADBIRAN MA'HAD TAHFIZ

Tarikh: Sabtu, 12 September

Tempat: Dewan Annex, Bangunan SUK, Shah Alam, Selangor D.E. (tentatif)

Tajuk : INTEGRATED AND PROFESSIONALISM APPROACH FOR TEACHING AL-QUR'AN

8:00 AM Pendaftaran
8:30 Ucapan Aluan dan Ucap Tama Pengerusi PITAS
9:45 Pembentangan Kertas Kerja 1, oleh wakil WAMY
11:00 Pembentangan Kertas Kerja 2, oleh Dr. Hj. Mohd. Shafie Hj. Md.Amin al-muqri'
2:00 PM Resolusi
3:00 Peresmian & Penutup oleh YB Dr. Halimah Ali exco kerajaan Negeri Selangor
4:00 Bersurai

Thursday, July 9, 2009

TAJAAN KONVENSYEN & KARNIVAL HUFFAZ

PITAS mempelawa orang ramai untuk menaja/menyumbang bagi menjayakan salah satu dari acara tahunan PITAS iaitu Konvensyen & Karnival Huffaz Negeri Selangor (KKH). Pada tahun ini, KKH akan di adakan di Kuala Selangor dan ianya berlangsung dari 31hb. Julai sehingga 2 Ogos. Tema konvensyen tahun ini adalah:

INSTITUSI TAHFIZ TUNJANG PENDIDIKAN GENERASI RABBANI.

Orang ramai adalah dijemput bagi memeriahkan acara ini. Maklumat lanjut mengenai KKH 2009 seperti- pengisian, cara membuat tajaan/sumbangan, menyewa gerai atau apa sahaja boleh di dapati dengan menalipon pejabat PITAS di talian 03-9284 3829 atau mana-mana nombor talipon exco-exco daerah PITAS yang terdapat didalam blog/website PITAS. Kertas kerja KKH juga telah di paparkan didalam blog ini bagi bacaan dan tatapan umum.

Tajaan & Sumbangan boleh dibuat dengan menulis cek kepada PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QUR'AN NEGERI SELANGOR atau dimasukkan kedalam akaun MAYBANK 562179507293. Resit boleh dimohon dengan menalipon Ustaz Hj. Tonnan Bani di talian 013-3321592.

Thursday, June 25, 2009

PENYEDIAAN GENERASI AL-QUR'AN MENURUT AL-KITAB & AL-SUNNAH

PEDOMAN WAHYU

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu, penjaganya ialah para malaikat yang kasar lagi keras, yang tidak menderhakai perintah ALLAH kepada mereka dan sentiasa mengerjakan apa yang diperintah" (Surah al-Tahrim 66:6)

KETERANGAN

Wahai orang-orang yang beriman:
i) Kata Ibn 'Abbas radiyalLahu 'anhuma, "iaitu orang-orang yang mengikut al-Qur'an dan Nabi Muhammad sallalLahu 'alayhi wa sallam (al-sunnah)";
ii) Kata Ibn Mas'ud radiyalLahu 'anhuma, "apabila engkau mendengar seruan ALLAH Ta'ala ini, maka perhatilah betul-betul kerena beritanya sudah tentu tentang kebaikan yang mint adikerjakan atau kejahatan yang mint adihindari"
iii) Daripada AbdulLah bin 'Umar radiyalLahu 'anhuma, katanya "Rasulullah sallalLahu 'alayhi wa sallam bersabda: "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang di bawah pimpinannya" (Riwayat al-Bukhariy).

Peliharalah dirimu:
i) Kata Ibn 'Abbas radiyalLahu 'anhuma, "Kerjakanlah amalan taat kepada Allah dan hindarilah perbuatan maksiat kepada-Nya";
ii) Kata Mujahid, "Bertaqwalah kamu kepada Allah."

Dan keluargamu:
i) Kata 'Aliy radiyalLahu 'anh, "Didik dan ajarlah mereka";
ii) Kata Ibn 'Abbas radiyalLahu 'anhuma, "Suruhlah ahli keluargamu dengan dengan al-Dhikr (al-Qur'an), nescaya Allah selamatkan kamu dari api neraka";
iii) Kata Mujahid, "Suruhlah ahli keluargamu bertaqwa kepada Allah".

Bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu:
Firman Allah Tabaraka wa Ta'ala, "Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selainj Allah adalah umpan neraka Jahannam" (surah al-Anbiya' 21:98)

MUQADDIMAH

Umat Islam hari ini ttidak mahu bangkit semula dan kembali mencipta kejayaan sebagaimana generasi awal jika aspek tarbiyah diabaikan. Isu berkaitan tarbiyah perlulah ditangani menurut acuannya yang betul, apakah ada acuan lain yang lebih baik daripada acuan Allah? (surah al-Baqarah 2:138)

TUJUAN TARBIYAH

Tarbiyah yang berjaya ialah upaya membangkitkan kesedaran kepada setiap orang bingkas bertindak menyelamatkan diri dan ahli keluarga daripada seksaan neraka. Bahkan Rasulullah salalLahu 'alayhi wa sallam sendiri banyak berdoa dengan doa ini: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu daripada seksaan neraka." (Riwayat al-Bukhariy)

ISI TARBIYAH

Pengisian tarbiyah - demi menyelamatkan diri sendiri dan ahli keluarga daripada seksaan neraka - adalah memberatkan kepada melahirkan individu yang segera menyahut perintah Allah, tunduk memperhambakan diri hanya kepada-Nya (ibtigha'a mardatilLah) di sepanjang hayatnya dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu yang lain. Justeru inilah jalan lurus yang wajib dilalui. Firman Allah Jalla wa 'Azza: "Dan hendaklah kamu mengabdikan diri kepada Ku. Inilah jalan yang lurus." (surah Ya Sin, 36:61). Inilah jalan yang wajib bagi setiap Muslim memohonnya - paling kurang 17 kali - setiap hari.

SUMBER RUJUKAN

Sumber rujukan bagi para murabbi melaksanakan agenda tarbiyah yang sempurna ini ialah al-Qur'an dan al-Sunnah. Daripada Malik, katanya: Telah sampai berita kepadanya bahawa Rasulullah salalLahu 'alayhi wa sallam - bersabda: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu pasti tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya: KitabulLah dan Sunnah Nabi-Nya." (Riwayat Malik. Tahqiq al-Albaniy: Hadith Hasan). Menerusi tarbiyah al-Qur'an ia membekalkan fiqh i'tiqadiy bagi mencorakkan tasawwur yang betul. Manakala al-Sunnah pula membekalkan fiqh 'amaliy bagi membimbing ketepatan amalan dan model teladan untuk ikutan.

HASIL TARBIYAH

Tarbiyah yang betul menurut garisan al-Qur'an dan al-Sunnah - in sha'alLah - menghasilkan:

(1) Generasi ilmuwan yang khashyah kepada Allah: Ilmu yang benar (al-haq) akan membimbing manusia menjadi hamba Allah yang khashyah (takut) hanya kepada-Nya. Firman Allah-Ta'ala: "Sesungguhnya yang takutkan Allah itu tidak lain adalah para ulama' (ilmuwan)." (surah Fatir, 35:28). Ia sentiasa sedar tentang pengawasan Allah (muraqabatulLah) walau dimana ia berada, takutkan seksaan-Nya dan mengharapkan keredaan-Nya sepanjang masa. Firman Allah lagi: "Orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tidak takutkan sesiapapun kecuali Allah." (surah al-Ahzab, 33:39). Ulama' menurut ibn 'Abbas-radiyalLahu 'anhuma- ialah: "Orang yang mengetahui tentang Al-Rahman, tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu yang lain, menghalalkan apa yang Dia halalkan, mengharamkan apa yang Dia haramkan, memelihara wasiatnya, yakin kepada pertemuan dengan-Nya dan yakin bahawa Dia akan menghisab segala amal perbuatannya." Generasi ini, walaupun beroleh kesempatan dan peluang melakukan maksiat dan munkar, ia sudah tentu punya kekuatan menyatakan dengan tegas: "Sesungguhnya aku takutkan Allah-Rabb al'alamin." (Riwayat al-Bukhariy).

(2) Generasi yang sedia berkorban pada jalan Allah: Kemuliaan dan ketinggian, kemajuan dan kekuatan tidak mungkin dapat dijelmakan dalam sebuah masyarakat yang kontang semangat pengorbanan. Buktinya, kejayaan yang diraih generasi pertama didikan RasululLAh-sallalLahu 'alayhi wa sallam- adalah hasil kesanggupan mereka mengharungi kehidupan penuh pengorbanan. Mereka bukan sahaja sanggup banyak berpuasa, mementingkan kesederhanaan,mengutamakan orang lain, membebaskan diri dari kekikiran, bahkan sedia menggadaikan nyawa demi mencari keredaan Allah. Firman Allah-Ta'ala lagi: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berkorban harta benda dan jiwa raga mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar." (surah al-Hujurat, 49:15).

(3) Generasi yang memiliki 'izzat al-nafs: Generasi berjiwa besar yang tidak tunduk mengalah kepada pengaruh duniawi, punya harga diri dan memiliki keyakinan yang tinggi. Firman Allah - Jalla wa'Azza: "Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang palaing tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali'Imran,: 3:139).

(bersambung)

Thursday, April 2, 2009

LIQA SILATURRAHIM PAID

AMM PITAS bersama wakil-wakil ma'had tahfiz dalam negeri Selangor akan mengadakan lawatan silaturrahim ke Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di seluruh negeri Selangor pada bulan April. Diantara tujuan untuk mengadakan perjumpaan ini adalah bagi memperkenalkan para pengusaha ma'had-ma'had tahfiz dengan Pegawai Tadbir Agama Daerah dan Nazir Pendidikan daerah masing-masing. Di harap dengan lawatan ini, usaha-usaha untuk meningkatkan lagi syiar Islam dapat diperkemaskan lagi dengan terbentuknya hubungan dan kerjasama erat diantara pihak Pejabat Agama Daerah dan ma'had-ma'had tahfiz negeri Selangor. Berikut adalah jadual tarikh lawatan yang telah diaturkan. Semua wakil ma'had tahfiz, samada yang berdaftar atau tidak dengan PITAS diharap dapat bersama dengan AMM kawasan masing-masing pada tarikh dan masa berikut:

(PITAS Exco with representatives of all the hifz madresas in Selangor are planning to make a courtesy visit to all the respective District Islamic Departments of Selangor this month. It is hoped that this initiative will help boost up relations between both parties and becomes a platform for developing further cooperation to develop heightened understanding of Islam and its teachings. The key people of whom are targeted to be met are the Religious Administrative Executive and Education Inspectors. Below is the time-table for the planned visit for each district. Representatives of all hifz madressas in Selangor whether a member or not of PITAS are cordially invited to make this programme a success.)

1. PEJABAT AGAMA ISLAM SABAK BERNAM : 3 P.M. 06/04/09
PTA: Ustaz Hj.Idris bin Hj. Ramli

2. PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH PETALING : 10 A.M. 07/04/09
PTA: Ustaz Hj. Muhammad Sujak bin Mohd. Dasuki

3. PEJABAT AGAMA ISLAM KLANG : 3 P.M. 07/04/09
PTA: Ustaz Hj. Abdul Rahim bin Salleh

4. PEJABAT AGAMA ISLAM HULU LANGAT : 10 A.M. 08/04/09
PTA: Ustaz Hj. Mohd. Amin bin Hj. Hussin

5. PEJABAT AGAMA ISLAM GOMBAK : 2 P.M. 08/04/09 (Perubahan)
PTA: Ustaz Hj. Daim bin Hj. Jajuli

6. PEJABAT AGAMA ISLAM KUALA LANGAT : 10 A.M. 09/04/09
PTA: Ustaz Hj. Mohd. Razali bin Hj. Hassanusi

7. PEJABAT AGAMA ISLAM SEPANG : 3 P.M. 09/04/09
PTA: Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Mat Esa

8. PEJABAT AGAMA ISLAM HULU SELANGOR : 9 A.M. 10/04/09
PTA: Ustaz Hj. Hadri bin Hj. Idris

9. PEJABAT AGAMA ISLAM KUALA SELANGOR : 10 A.M. 13/04/09

PTA: Ustaz Hj. Zainal Abidin bin Hj. Sulaiman

Friday, March 27, 2009

AHLI MAJLIS MESYUARAT (EXCO) 2009-2011

Berikut ahli barisan exco baru bagi sesi 2009-2011 yang dilantik pada Mesyuarat Agung Persatuan ke-5 pada 3 Rabiul Awal 1429H bersamaan 28 Febuari, 2009 Masehi.
(The following is the new exco line-up elected for the term 2009-2011 appointed during the fifth Annual General Meeting held on the 3rd. of Rabiul Awal 1429 H / 28 Febuary 2009)

PENGERUSI (CHAIRMAN):

DR(H) Us.Hj. Sahril bin Hj.Sartu 019-2134064

T.PENGERUSI (VISE CHAIRMAN):
Us.Hj. Ashri bin Hj. Lateh al-muqri 019-6225695

SETIAUSAHA (SECRETARY):
Us. Shaharudin al-muqri 012-2625413
(Exco Kuala Selangor)

BENDAHARI (TREASURER):
Mej (B) Us.Hj. Tonnan bin Hj.Bani 013-3321592
(Exco Sepang)

PEMERIKSA KIRA-KIRA (INTERNAL AUDITORS):
1. Us. Abd. Wahid bin Zainol Abidin 019-3212610
2. Us. Zaki bin Mohd. Ali 017-2264581

AHLI MAJLIS MESYUARAT (NORMAL EXCO MEMBERS):

Gombak: Us.Hj.Alauddin bin Ishak 017-2005453
Klang: Us. Mohd. Sufi bin Hj. Abbas 019-3021988
Hulu Selangor: Us. Abd. Rahman bin Hussin 013-6297869
Sabak Bernam: Us. Khairul bin Anuar 019-3534003
Petaling Jaya: Us. Mohd. Nor Salami bin Misri al-muqri 019-2189426
Kuala Langat: Us. Mohd Shahir bin Ramli 012-2625413
Hulu Langat: Us. Abd. Latif bin Hj. Md Ellah al-muqri 012-9702575

Tuesday, March 24, 2009

TAQWIM CADANGAN 1430H / 2009 MASEHI (6 BULAN PERTAMA)


TENTATIVE PROGRAMMES FOR FIRST HALF 2009 (1430 HIJRI)


01 JAN 09
Mesyuarat AJK 1/09 (1st. 2009 Exco Meeting)

21 FEB 09
Mesyuarat AJK 2/09 (2nd. 2009 Exco Meeting)

28 FEB 09
Mesyuarat Agung Tahunan ke-5 (Fifth Annual General Meeting)

06 MAC 09
Mesyuarat AJK 3/09 (3rd. Exco Meeting)
Lawatan AMM ke Pejabat Agama Islam Daerah
(Exco Courtesy Visit to District Islamic Department)

18/19 MAC 09
Program Tahsin Qiraah Kanak-Kanak 1/09
(1st. Qur'anic Recitation Excellence Program for Children)

10 APR 09
Mesyuarat AJK 4/09 (4th. Exco Meeting)

11/12 APR 09
Program Motivasi Guru-Guru Tahfiz (Tahfiz Teachers Motivation Programme)

24/25 APR
Tahsin Qiraah Imam-Bilal 1/09 (1st. Imam & Bilal Qur'anic Recitation Excellence Programme)

07 MEI 09
Mesyuarat AJK 5/09 (5th. Exco Meeting)

15/16/17 MEI 09
Kursus Kepimpinan Pelajar 1/09 (1st. Student Leadership Programme)

30 MEI 09
Tahsin Qiraah Kanak-Kanak 2/09
(2nd. Qur'anic Recitation Excellence Programme for Children)

3/4 JUN 09
Tahsin Qiraah Kanak-Kanak 03/09
(3rd. Qur'anic Recitation Excellence Programme for Children)

05 JUN 09
Mesyuarat AJK 6/09 (6th. Exco Meeting)

10/11/12 JUN 09
Kem Hafazan Kanak-Kanak (Umum) 01/09
Children's Hifz Camp (Public)

26/27/28 JUN 09
Karnival Sukan dan Amal Islami
Sports Carnival and Islamic Practices Programme