Assalamu'alaikum wa rahmatulLLAHi wa barakatuh,
Surat jemputan untuk mesyuarat agung PITAS yang ke-6 sepatutnya telah sampai kepada setiap ahli. Bagi yang tidak menerimanya di minta menghubungi Ustaz Tonnan 013-3321592 atau Ustaz Shaharudin 012-2625413 dan daftarkan nama 3 (TIGA) wakil untuk menghadiri mesyuarat agung tahun ini. Terperincian:
Tarikh: AHAD, 11 April 2010
Masa: 8 pagi - 1 petang
Tempat: Dewan Seminar, Masjid Negeri SHAH ALAM
VIP: Dato' Seri Mejar (B) Haji Jamil Khir bin Hj. Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (atau wakilnya Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Malaysia JAKIM)
2 proposal akan di serahkan kepada kerajaan pusat yakni:
1. Bantuan Per-Kapita Maahad Tahfiz Persendirian, Negeri Selangor
2. Bantuan NGO ISLAM
Kehadiran ahli-ahli PITAS secara beramai-ramai akan mencerminkan keutuhan Persatuan kita dan justifikasi mengapa suara maahad tahfiz persendirian tidak boleh diketepikan. Adalah penting untuk setiap ahli PITAS mengetahui segala perkembangan yang berlaku terutamanya yang memberi impak kepada operasi setiap maahad tahfiz persendirian. Tertubuhnya Jawatankuasa Tahfiz Negeri Selangor (JTS) di atas inisiatif dan usaha melobi PITAS harus di sokong dan di fahami modus operandinya oleh setiap ahli- agar ianya
bergerak sehaluan dengan matlamat kita semua untuk membina Jiil Rabbani dan Jiil al-Quran. Pada hari ini, dasar-dasar tahfiz telah pun di gubal oleh JTS dan insyaALLAH ianya akan menjadi enakmen di Negeri Selangor dalam masa terdekat. Pembentukan JTS, penggubalan dasar dan enakmen yang khusus berkenaan maahad dan pendidikan tahfiz di Selangor adalah satu usaha pelopor; yakni yang pertama seumpamanya, bukan sahaja di Malaysia malahan di dalam dunia.